Tidak ramai mengetahui bahawa pelaksanaan ICT dalam pendidikan memberi impak besar kepada sistem pendidikan. Proses pelaksanaan memerlukan tempoh masa yang panjang. Ia memerlukan komitmen dan kerjasama dari pelbagai pihak. Pihak yang perlu memainkan peranan dalam pelaksanaan adalah agensi yang rapat dengan sistem itu sendiri.
Dalam kes Malaysia, pelbagai agensi berperanan dalam menyumbang dan mengagihkan idea kepada menambah baik sistem pendidikan. Tetapi agensi yang sangat penting adalah Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. Agensi ini adalah organisasi yang paling rapat dengan pelaksanaan sistem pendidikan. Peranan dan tanggungjawap mereka perlu dilihat sebagai pemangkin dalam pelaksanaan program ICT.
Kementerian telah membuat dasar dan mengagihkan peruntukkan kewangan mengikut keperluan dan kepentingan agenda pendidikan...bersambung
